Liga Super: Marin Pilj tercicir akibat cirit-birit

Saufi Tahir
October 19, 2024 15:51 MYT
Perancang utama Terengganu, Marin Pilj, tercicir daripada rombongan skuad Penyu ke Alor Setar bagi perlawanan minggu ke-13 Liga Super 2024/2024 untuk berdepan Kedah Darul Aman (KDA) malam ini .
Mengikut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pemain berusia 27 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan penggantungan, tetapi mengalami masalah cirit-birit -- sehari sebelum bertolak ke kubu lawan.

Terengganu FC hadir ke Alor Setar tanpa kelibat tonggak import, Marin Pilj yang mengalami diarrhea (cirit birit). Selebihnya tiada isu kecederaan & penggantungan pemain menjelang pertemuan Liga Super menentang Kedah DA 9 malam ini.@ASTROARENA ? TFC pic.twitter.com/AMhYPDVnIt

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) October 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, selepas 16 aksi bersama Terengganu, dia telah menyumbangkan dua gol dan dua bantuan jaringan selain menjadi watak penting dalam memacu cabaran pasukannya mara ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2024.
#bola sepak #Terengganu #Liga Super 2024/2024 #Marin Pilj
;