Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi, sah menyertai Terengganu FC (TFC) bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Perkara itu diumumkan TFC dalam laman Facebook rasmi mereka hari ini.

"Selamat Datang Liridon Krasniqi," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan Liridon menyertai perlawanan pramusim bersama TFC di Thailand.

Pemain berusia 31 tahun itu mencipta nama semasa bersama Kedah dan menjadi tonggak utama Sang Kenari memenangi beberapa kejuaraan sejak 2015.

Dia kemudiannya menyertai Melaka United sebelum gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) menyambar khidmatnya pada 2019.

Bagaimanapun, dia gagal menampilkan persembahan terbaik yang menyebabkan dia dipinjamkan kepada beberapa kelab luar negara untuk mengembalikan potensinya.

Pasukan terakhir Liridon adalah Khon Kaen United, yang beraksi dalam saingan Liga 1 Thailand.

Kredit: Sinar Harian