Liga Super: Kualiti dimiliki JDT sangat berbeza -- Jurulatih Selangor
Saufi Tahir
October 28, 2024 08:24 MYT
October 28, 2024 08:24 MYT
Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, berasakan pasukannya perlu terus bekerja lebih keras untuk menyamai kualiti yang dimiliki oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas The Red Giants tewas 0-3 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Pengendali berusia 44 tahun itu jelas tidak gembira selepas rekod baik pasukan Lembah Klang itu tercalar di laman sendiri.
Kekalahan itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 26 mata selepas 13 perlawanan dan JDT terus berada di puncak liga dengan jurang lapan mata sebagai pendahulu.
"Dalam separuh masa pertama kami kurang memberikan tumpuan daripada situasi bola mati terutamanya semasa sepakan percuma dan bagaimana kami mahu mengawal Arif Aiman di sayap kiri.
"Secara keseluruhannmya dalam saparuh masa pertama kami cuba untuk keluar tetapi sepakan penalti membunuh rentak perlawanan. Semestinya kami tidak gembira apabila kalah pertama kali di MBPJ.
— Selangor FC (@selangorfc) October 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kita tahu JDT pasukan yang terbaik di Malaysia. Dalam separuh masa kedua kita ambil risiko untuk meletakkan Safuwan Bahradudin dan Mukhairi Ajmal tetapi kualiti yang ada pada JDT sangat berbeza. Kita perlu bekerja keras lagi." katanya.