Liga Super: Kehadiran Jese Rodriguez beri kesan besar -- Asmawi Bakiri

Najmi Iman
October 6, 2024 19:53 MYT
Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, mengakui teruja dengan kehadiran bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo, Jese Rodriguez, yang terbukti kehebatannya untuk memperkuat barisan serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) lebih-lebih lagi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE ).
"Sudah pasti ia memberi kesan kepada Liga Malaysia sendiri dia (Jese Rodriguez) diturunkan kerana sudah pasti boleh menjarakkan lagi kekuatan JDT bersama pasukan lain.

? Jese Rodriguez signs for the Southern Tigers! ?? More photos at https://t.co/8U52hEwYHi#JeseRodriguez#NewSigning#JDTFamily pic.twitter.com/cT5KAuPdCf

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sebelum ini tanpa Jese sekalipun, JDT sudah berada di tahap tersendiri," katanya.
Dalam masa sama, Asmawi turut memberi cadangan kepada Selangor yang sedang beraksi dalam ACL2 untuk membawa masuk pemain import berkualiti demi memastikan saingan kompetitif di peringkat Asia diteruskan.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #Liga Super Malaysia #Asmawi Bakiri #Jese Rodriguez