KEDAH DARUL AMAN 1 KUCHING CITY 1

Kedah Darul Aman (KDA) terpaksa akur selepas berkongsi mata dengan Kuching City apabila terikat 1-1 dalam saingan minggu keenam Liga Super 2024/2025 di Stadium Darulaman, sebentar tadi.


Perlawanan berakhir 0-0 dalam separuh masa pertama apabila aksi kedua-dua pasukan dilihat seimbang dalam serangan dan pertahanan untuk pengadil perlawanan menamatkan 45 minit pertama tanpa sebarang jaringan.

Begitupun, jaringan pembukaan KDA hadir menerusi tandukan Hasbullah Abu Bakar pada minit ke-60 perlawanan selepas menerima hantaran cantik daripada Habib Haroon untuk meletakkan skuad Hijau Kuning 1-0 di hadapan.




Dalam pada itu, Tchetche Kipre dijatuhkan oleh pemain gantian, Irfan Zakaria, dalam kotak penalti sekali gus memberikan Kuching City sepakan penalti pada penghujung minit perlawanan.

Ketenangan Jordan Mintah menyempurnakan sepakan penalti memastikan kedudukan terikat 1-1 untuk membuka semula permainan mencari kemenangan.

Keputusan itu menyaksikan KDA dan Kuching City menamatkan saingan minggu keeanam Liga Super 2024/2025 dengan tujuh mata dengan masing-masing di tempat kelima dan keenam.