Liga Super: Katsuhito Kinoshi pantau kecergasan Harith Haiqal menjelang aksi di Manjung
Saufi Tahir
December 16, 2024 19:05 MYT
December 16, 2024 19:05 MYT
Harith Haiqal Adam Afkar berada dalam senarai pemain pilihan ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, untuk disenaaikan dalam kesebelasan utama Selangor walaupun terdapat kebimbangan mengenai kecergasan anak jati kelahiran Klang ini menjelang tugasan di Manjung, esok.
Harith bersama Kalamullah Al-Hafiz ketika ini sudah kembali ke pangkuan kem The Red Giants bagi tugasan Liga Super 2024/25 bertemu Perak selepas tugasan bersama skuad kebangsaan di Kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024.
Katsuhito Kinoshi sedang pantau kecergasan pertahanan Selangor Harith Haikal yang beraksi selama 85 minit bersama skuad kebangsaan menentang Thailand. Mengesahkan Harith & Kalamullah kini kembali ke sarang Gergasi Merah menjelang pertemuan dengan Perak FC esok pic.twitter.com/XfjTAMDblh
— FinaNasrom (@fnasrom) December 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Sabah kini sedang mengekori rapat di belakang Selangor dengan hanya perbezaan tiga mata dan perkara itu sedikitpun tidak menimbulkan rasa gerun kepada pengendali dari Negara Matahari Terbit itu.
Prinsip kejurulatihannya menjadi pegangan dimana tiada waktu untuk dia bersama pasukan untuk terus memandang belakang sebaliknya mahu fokus menamatkan cabaran liga di tempat terbaik.
"Mereka telah kembali bersama pasukan tetapi kami perlu menyemak statusnya mereka. Harith beraksi selama 85 minit jadi kami perlu menyemak risiko menurunkannya.
"Tidak kisah siapa yang sedang mengejar kami, saya tidak melihat ke belakang, cuma pandang kehadapan. Saya cuma fokus dalam aksi seterusnya dan meraih sebanyak mungkin mata." katanya.