Terengganu tetap komited untuk turun beraksi dalam perlawanan pertama Liga Super bertemu Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Ahad ini walaupun kelab itu terpalit insiden buruk menimpa Akhyar Rashid.

Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner, menegaskan pertemuan itu merupakan medan terbaik buat barisan pemain skuad Peteh untuk berjuang demi pemain simpanan.

Akhyar yang menjadi mangsa samun dan pukul dijangka kembali turun menjalani latihan di padang minggu depan.

Dia menunjukkan tanda-tanda positif dan beransur pulih selepas menerima enam jahitan susulan insiden itu.

Apa pun, Terengganu akan mempertaruhkan kudrat pemain tempatan di benteng akhir berdepan The Bos Gaurus berikutan Matthew Steenvoorden terpaksa diketepikan selama sebulan akibat kecederaan lutut di bahagian meniskus.

"Kelmarin kami ada membincangkan berkenaan kecederaan yang menimpa Akhyar dan Faisal Halim.





"Saya harap anak buah saya memahaminya sepenuhnya dan akan mencurahkan kudrat 100 peratus.

"Kami perlu tonjolkan bahawa kami mempunyai semangat kekeluargaan yang tinggi. Mangsa tahu kami sentiasa di samping mereka. Kami akan laksanakan tugas ini demi peminat dan mangsa.

"Saya menaruh harapan ke atas pemain tempatan, saya tidak gentar menurunkan mereka dalam kesebelasan utama, " katanya.