Liga Super: Gol tunggal pemain Palestin beri Kelantan Darul Naim kemenangan pertama

Muzaffar Musa
June 23, 2024 23:03 MYT
KELANTAN DARUL NAIM 1 PDRM 0
Kelantan Darul Naim (KDN) memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila menewaskan PDRM 1-0 di Kota Bharu sebentar tadi.
Pemain kelahiran Palestin, Oday Kharoub, muncul wira Kijang Emas menerusi jaringan tunggalnya dengan menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-28.
Semakan VAR mendapati Alif Najmi Shaaini mengasari Michal Jirabek dalam kawasan penalti dam Oday tidak melepaskan kesempatan itu untuk menewaskan Bryan See.
Menariknya, Oday turut mengibarkan bendera negaranya, Palestin, sewaktu meraikan jaringan itu.
Tiada pertambahan jaringan dalam babak kedua, sekali gus memberikan KDN kemenangan pertama selepas melewati tiga kekalahan musim ini.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #PDRM FC #Kelantan Darul naim FC