Liga Super: Giliran Paulo Josue, Declan Lambert diberi pelepasan, perkuat KL City sebelum Piala AMEC

Najmi Iman
December 16, 2024 19:29 MYT
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City menghembus nafas lega apabila kepulangan sementara Paulo Josue dan Declan Lambert memperkuat pasukan selepas mendapat pelepasan daripada skuad Harimau Malaya.
Begitupun, The City Boys terpaksa melupakan khidmat pemain berpengalaman, Kenny Palraj dan Adrijan Rudovic, menjelang pertemuan menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan minggu ke-17 Liga Super Malaysia, esok.
"Kami mempunyai persiapan singkat kerana tidak mempunyai masa yang banyak untuk berlatih.
"Kami kehilangan dua tonggak penting. Kenny disahkan mengalami kecederaan, manakala Rudovic pula digantung ekoran penggantungan dua kad kuning.

2 tonggak Harimau Malaya, Paulo Josue & Declan Lambert kembali ke pangkuan kelab, Kuala Lumpur City menjelang pertemuan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Cheras esok. @ASTROARENA pic.twitter.com/GpuOFXZdI2

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) December 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Meskipun bukan keputusan yang baik, tetapi Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan yang ketara dan semakin memberi kesukaran kepada kami.
"Kami akan buat yang terbaik esok," katanya di Nadi Arena.
#bola sepak #Negeri Sembilan #Liga Super Malaysia #Kuala Lumpur City
;