Liga Super: Corbin Ong anggap semangat juang tinggi pacu kemenangan JDT

Saufi Tahir
January 12, 2025 17:07 MYT
Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Corbin Ong, mengakui gembira dapat membantu pasukannya mengatasi Sabah 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim semalam, sekaligus mencatatkan rekod bersih tanpa tewas dalam kempen Liga Super 2024/25 setakat ini.
Meskipun The Rhinos memberikan tentangan sengit terutamanya dalam babak pertama perlawanan, Corbin beranggapan semangat juang serta mentaliti juara dalam kalangan pemain Harimau Selatan menjadi faktor utama mereka berjaya meraih keputusan positif di hadapan penyokong sendiri.
Pemain kebangsaan berusia 33 tahun itu turut menegaskan, setiap perlawanan adalah penting ibarat final, dengan JDT akan terus berusaha untuk mengekalkan status selaku kuasa besar dalam kancah bola sepak liga domestik.
"Aksi separuh masa pertam sedikit sukar dalam mencari ruang tetapi kami berkerja keras dalam separuh masa kedua dan mengambil kelebihan atas keletihan pasukan lawan.
"Kami akan memberikan segalanya untuk JDT, sentiasa beri yang terbaik untuk bergelar juara." katanya.
#liga super #bola sepak #sabah #JDT #Corbin Ong
;