Liga Super: Arif Aiman, Tommy Mawat bakal terima hukuman tambahan -- Timbalan Presiden FAM
Najmi Iman
November 11, 2024 15:35 MYT
November 11, 2024 15:35 MYT
Insiden pertelingkahan di antara bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dan pertahanan Perak, Tommy Mawat Bada, mencetuskan persoalan daripada rata-rata peminat bola sepak tempatan.
Terdahulu, Harimau Selatan berjaya memenangi perlawanan tertunda tersebut dengan jaringan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.
Pada minit ke-84, situasi tegang berlaku apabila melibatkan pergaduhan Arif Aiman dan Tommy Mawat yang berkesudahan kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning.
Dalam aksi itu, Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia tiga tahun berturut-turut itu dilihat menumbuk Tommy Mawat ekoran provokasi yang berlaku.
Menerusi satu ciapan di X wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, kedua-dua pemain berpotensi dikenakan hukuman susulan selepas ini.
“Memang kedua-dua pemain telah dilayangkan kad kuning tetapi hukuman tambahan serta tindakan lanjut tetap boleh diambil”, FAM akan ambil tindakan insiden Arif Aiman dan Tommy Mawat. - Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram.@ASTROARENA pic.twitter.com/lZVTjPrPOy
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Memang kedua-dua pemain telah dilayangkan kad kuning tetapi hukuman tambahan serta tindakan lanjut tetap boleh diambil.
"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan ambil tindakan terhadap insiden Arif Aiman dan Tommy Mawat," kata Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram.
#bola sepak
#johor darul ta'zim
#JDT
#Liga Super Malaysia
#Perak
#Tommy Mawat Bada
#Arif Aiman Hanapi