Liga Negara-Negara UEFA: Perancis jatuh ke tangga tercorot

Ammar Hakim
June 11, 2022 00:20 MYT
Perancis tergelincir ke tangga terbawah kumpulan Liga Negara-Negara (UEFA Nations League) susulan seri 1-1 di tempat lawan menentang Austria di Vienna awal pagi tadi.
Penyandang juara kejohanan itu hanya mempunyai dua mata daripada tiga perlawanan Kumpulan A1, selepas tewas di tempat sendiri kepada Denmark dan seri di tempat lawan kepada Croatia dalam dua perlawanan pembukaan mereka.
Ia mungkin lebih teruk untuk Les Blues di Ernst Happel Stadion apabila mereka ketinggalan pada minit ke-37 Andreas Weimann sehingga pemain gantian Kylian Mbappe menyamakan kedudukan di penghujung permainan.
Dengan baki tiga perlawanan, pasukan kendalian Didier Deschamps ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Denmark dan dua di belakang Austria dan Croatia, dengan hanya satu pasukan mara ke pusingan akhir tahun depan.
#France #Austria #football #Kylian Mbappe #Andreas Weimann #UEFA Nations League