Kelantan Red Warrior (KRW) dilaporkan sudah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai Liga A1 semipro musim depan kepada Liga Bolasepak Amatur (AFL).

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Operasi AFL, Raimi Fakri, kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Sememangnya kami sudah menerima permohonan rasmi daripada KRW pada 18 Disember lalu.

"Kami juga sudah membalas sudah membalas surat itu, di mana kami memaklumkan kepada mereka bahawa buat ketika ini, AFL tidak akan membuat sebarang keputusan," katanya.

Sebagai rekod, dua pasukan terbaik Liga A2 akan layak secara automatik ke Liga A1 musim depan, di mana Guar Syed Alwi bergelar juara liga itu dengan menewaskan Kelantan WTS dalam aksi final pada 6 Disember lalu.