'Lego Sam' intai tiket layak ke Paris 2024

Ammar Hakim
May 17, 2023 06:23 MYT
Selesai misi di Sukan SEA, atlet breakdance negara, Sam Jee Lek, bakal menggalas cabaran besar melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Jee Lek atau lebih gemar dipanggil Lego Sam itu akan menjelajah dunia bagi memenuhi beberapa kejohanan untuk mengumpul mata kelayakan ke temasya berprestij dunia itu.
Bukan misi mudah buat Lego Sam yang bergerak secara sendirian tanpa pasukan lengkap, namun dia tidak menganggap itu sebagai penghalang untuk berusaha ke arah menduduki dalam kelompok 48 terbaik bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik.
"Terdapat tujuh hingga lapan kejohanan untuk kelayakan Sukan Olimpik. Saya perlu mendapatkan dalam kelompok 48 terbaik untuk berpeluang beraksi di Paris 2024," katanya.

Gold!!! From Dance Sports Wow!!! Lego Sam sumbang emas ?Ke-31 untuk Kontinjen Malaysia menerusi B-Boys Men’s pic.twitter.com/p5E6zRso4S

— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) May 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sukan SEA #Sukan Olimpik #Paris 2024 #Sam Lee Jek