Legenda Belanda bakal kendali Indonesia?

Ammar Hakim
January 6, 2025 16:36 MYT
Indonesia dijangka membawa masuk pakar dari Belanda, Patrick Kluivert bagi mengambil alih skuad kebangsaan bagi menggantikan Shin Tae-yong.
Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) secara rasminya sah memecat ketua jurulatih skuad Indonesia, Shin Tae-yong, berkuat kuasa hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Umum PSSI, Erick Thohir, dalam satu sidang media menerusi perkongsian di laman X.
Umum mengetahui, Kluivert merupakan salah seorang legenda di persada Eropah, bekas penyerang yang cukup prolifik ketika bersama Barcelona.
Ketika ini, dia membimbing kelab Turki, Adana Demirspor, menghuni tangga tercorot saingan Super Lig.
Kehadiran Kluivert sudah pasti akan meningkatkan lagi kemampuan pasukan, berdasarkan pengalaman bertindak sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan Belanda di bawah kendalian Louis Van Gaalb pada 2014.
#bola sepak #Indonesia #Shin Tae-yong
;