Leclerc bidas strategi Ferrari guna tayar keras

Shaiful Shamsudin
July 31, 2022 07:02 MYT
Charles Leclerc mempersoalkan strategi Ferrari dalam Grand Prix (GP) Hungary selepas menyifatkan penamat tempat keenamnya sebentar tadi sebagai satu bencana.
Keputusan pasukan Formula Satu (F1) itu untuk memakai tayar keras secara tiba-tiba memadam sisi harapan Leclerc untuk memacu kemenangan apabila dirampas pelumba Red Bull, Max Verstappen, yang kini menerajui saingan dengan 80 mata selepas satu lagi kemenangan.
Situasi pelumba sudah memberi bayangan bahawa tayar kompaun keras tidak kompetitif sempena perlumbaan itu tatkala Ferrari menggunakan kompaun sederhana dua kali, sebaliknya mereka bertukar menggunakan tayar keras.
Percaturan itu meranapkan impian Ferrari dengan kedua-dua pemandu tersebut gagal menaiki podium walaupun bermula di petak kedua dan ketiga.
Leclerc, yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kemalangannya dalam GP Perancis seminggu lalu, diminta menerangkan strategi pasukannya tetapi menjelaskan soalan itu akan ditanya ketika sesi taklimat kelak.
"Kami perlu bercakap dengan pasukan dan untuk cuba memahami idea di sebalik menggunakan tayar keras sedangkan saya berasa sangat bagus dengan tayar sederhana keras, semuanya terkawal," katanya kepada Sky Sports.

#HungarianGP Results ?@CarlosSainz55 P4@Charles_Leclerc P6 Not the race we wanted ?#essereFerrari ? pic.twitter.com/JXQDSGWRd7

— Scuderia Ferrari (@ScuderiaFerrari) July 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Atas sebab tertentu, saya tidak tahu apa, kami perlu bersusah payah. Saya berkata di radio bahawa saya sangat selesa dengan tayar sederhana keras dan saya mahu kekal menggunakannya berikutan berasa selesa.
"Saya tidak tahu mengapa kami mengambil keputusan yang berbeza. Sejujurnya daripada segi kepantasan saya cukup gembira.
“Satu-satunya perkara adalah jelas sekali semua orang akan mengingati bahagian terakhir perlumbaan ini yang merupakan bencana buat saya, khususnya tayar keras. Sebab itu saya tewas dalam perlumbaan ini.
"Saya kerugian 20 saat ketika memasuki pit, mungkin enam saat lagi dalam lima pusingan yang dalam keadaan sukar kerana pemanduan saya bersepah disebabkan tayar ini. Di situlah punca kami tewas dalam perlumbaan ini."
Rakan sepasukan Leclerc, Carlos Sainz, turut kecewa dan berkata dia tidak mempunyai kereta yang mampu bersaing.
#Ferrari #F1 #Charles Leclerc
;