LaLiga: Hansi Flick nikmati momen di Barcelona selepas benam Real Madrid, Bayern Munich

Aleqha Zainal
October 28, 2024 08:47 MYT
Ketua jurulatih Barcelona, Hansi Flick, menikmati momen sebagai jurulatih Blaugrana ketika ini selepas meraikan kejayaan besar apabila membenam Real Madrid 4-0 dalam aksi El Clasico saingan LaLiga di Stadium Santiago Bernabeu, kelmarin.
Skuad kendalian Flick tampil cemerlang dengan Robert Lewandowski menjaringkan dua gol sebelum Lamine Yamal dan Raphinha menambah lagi jaringan sekaligus menamatkan siri empat kekalahan berturut-turut terhadap musuh tradisi berzaman mereka itu.
Pengendali berusia 59 tahun itu turut menamatkan peluang Los Blancos itu untuk menyamai rekod tanpa kalah paling lama dalam LaLiga yang dipegang pasukannya itu dengan 43 perlawanan ketika dibawah bimbingan Ernesto Valverde pada 2018.
Kemenangan Blaugrana itu datang selepas mereka menewaskan bekas kelab Flick, Bayern Munich, dengan keputusan 4-1, dan bekas jurulatih Jerman itu sedang menikmati kehidupannya di Barca ketika ini.

? pic.twitter.com/mPI6rOfQlM

— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sangat gembira dapat bekerja bersama Barcelona dan tinggal disini," katanya selepas meraih kemenangan ke-10 dalam 11 perlawanan musim ini.
"Ini adalah pekerjaan yang hebat dan saya sangat gembira. Kami berjaya memberi tekanan yang tinggi, sama ada ketika penguasaan bola atau dalam separuh masa kedua. Kami mendominasi aksi secara keseluruhan, dan itulah puncanya rentak permainan berubah." katanya.
Selepas 11 perlawanan musim ini, Barcelona telah mengutip 10 kemenangan dan mengumpul 30 mata untuk menghuni tangga teratas carta Laliga.
#bola sepak #Barcelona #Real Madrid #Bayern Munich #LaLiga #Hansi Flick
;