LaLiga: Gol tunggal Asensio bantu Real Madrid menang tipis ke atas Getafe

Muzaffar Musa
May 14, 2023 03:00 MYT
Gol Marco Asensio dari jarak 20 ela membantu Real Madrid memperoleh kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan di kelompok bawahan LaLiga, Getafe, awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu meledakkan jaringan jarak jauh berbaki 20 minit terakhir perlawanan di Santiago Bernabeu itu untuk Los Blancos meneruskan pemburuan penamat dua teratas musim ini.
Dengan Barcelona kelihatan akan bergelar juara LaLiga tidak lama lagi, ketua jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti, kini menumpukan sepenuhnya terhadap usaha mereka untuk mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Bagaimanapun, dia pasti gembira untuk meneruskan rentak tanpa kalah pasukannya ketika berdepan lawan bimbingan Jose Bardalas itu, yang sedang bergelut di zon penyingkiran selaku pasukan ketiga tercorot ketika ini.
Dengan merehatkan kebanyakan pemain utama sebagai persediaan menghadapi Manchester City dalam perlawanan separuh akhir kedua UCL di laman lawan awal pagi Khamis ini, Madrid jelas beraksi hambar sepanjang separuh masa pertama.
Asensio melepaskan peluang awal Madrid apabila tolakan lemahnya tepat ke arah penjaga gol, David Soria, manakala rembatan kencang Dani Ceballos selepas setengah jam perlawanan tersasar jauh.
Menyedari pasukannya kekurangan kualiti, Ancelotti mula memasukkan pemain utamanya dalam babak kedua, antaranya Vinicius Junior dan Lika Modric.
Perubahan itu jelas membantu Madrid dalam menamatkan pemburuan gol pembukaan mereka apabila percubaan jarak jauh terbias Asensio melepasi kawalan Soria sebelum menuju ke dalam gawang Getafe pada minit ke-70.

3 - Real Madrid touched the ball just three times in Getafe's box in the first half, their lowest half-time tally in a @LaLigaEN home game since December 2012 (2 v Atlético de Madrid). Disconnection. pic.twitter.com/hKIXdAZcQt

— OptaJose (@OptaJose) May 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Real Madrid #Getafe #Marco Asensio #LaLiga