Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, menjelaskan dirinya sangat menghormati Barcelona tetapi dia tidak berasa gentar dengan pendahulu LaLiga itu menjelang pertembungan El Clasico yang epik antara dua kelab gergasi Sepanyol, di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi esok.

Barcelona kini mendahului dengan kelebihan tiga mata di puncak liga selepas memenangi sembilan daripada 10 perlawanan sebelum ini.

Begitupun, Los Blancos tidak tewas dalam 31 perlawanan dan melakar keputusan 11 kali seri dengan kekalahan terakhir mereka adalah ketika menentang Atletico Madrid pada September tahun lalu.





Ancelotti menegeaskan bahawa pasukannya merupakan juara bertahan di Sepanyol dan komited dengan tugasan mereka berdepan Barcelona tanpa rasa gentar.

"Nasib baik, buat masa ini tiada siapa yang membuatkan saya tidak tidur lena pada waktu malam.

(Barcelona) bermain dengan sangat baik. Tetapi dalam perlawanan Clasico, amat sukar untuk memilih pemain kegemaran. Ia bergantun pada dinamik perlawanan itu. Ia adalah soal bagaimana anda mengatasi tekanan dengan tempo dan cara mengenal waktu-waktu terbaik perlawanan.





"Barca mempunyai idea yang sangat jelas tentang cara mereka beraksi, mereka beraksi dengan sangat baik. Mereka adalah pasukan yang berani dan kami perlu bersedia dengan baik dan mempersembahkan versi terbaik kami." katanya dalam sidang media semalam.