LaLiga: Carlo Ancelotti optimis misi Real Madrid buru kejuaraan semakin hampir

Saufi Tahir
January 3, 2025 09:28 MYT
Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, menjelaskan dia tidak percaya bakal ada pemenang LaLiga seperti musim lalu yang merangkul trofi saingan liga dengan kelebihan 10 mata seperti yang dilakukan oleh pasukannya musim lalu.
Ini susulan pencabar terdekat, Barcelona, telah mendahului sejak Ogos lalu, walaupun hanya melakar satu kemenangan dalam tujuh perlawanan liga hingga menyebabkan Blaugrana tergelincir ke kedudukan ketiga liga, selain jurang jumlah mata -tiga kelompok pasukan teratas- juga tidak jauh berbeza.
Sementara itu, pasukannya yang merupakan juara bertahan LaLiga sedang mengekori rapat dengan hanya jurang satu mata berbeza dengan Atletico Madrid (41), dengan Madrid telah mengumpul 40 mata daripada 18 perlawanan.

⚽? @KMbappe#RMCity pic.twitter.com/l3P5wRR9y2

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) January 2, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tahap daya saingan dalam LaLiga pasti akan kurang dalam aspek pengumpulan mata untuk merangkul kejuaraan.
"Hakikatnya adalah Atletico turut mengejar kejuaraan dan saya fikir ia akan mengambil kurang daripada 90 mata untuk bergelar juara." katanya kepada pemberita.
Jurulatih berusia 65 tahun itu turut mengharapkan Barca kembali membuat kemunculan semula selepas kehilangan momentum.

?? @Camavinga, Cama??!#RealMadridSevillaFC | #LALIGAEASPORTS | #LALIGAHighlights pic.twitter.com/Kr1a91nInW

— LALIGA (@LaLiga) January 1, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Anda mengalami kemerosotan dan kemudiannya akan menjadi kompetitif seperti sebelum ini semula. Barcelona dan Atletico mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan kami." tambahnya.
Untuk rekod, bekas pemain Itali itu telah memacu Real Madrid memenanggi dua kejuaraan liga sejak kembali ke pasukan itu pada 2021.
Real Madrid merangkul gelaran saingan LaLiga musim 2023/24 dengan 95 mata secara keseluruhan -perbezaan jurang 10 mata- berbeza dengan pencabar terdekat, Barcelona, yang memperoleh 85 mata.
#bola sepak #Real Madrid #Carlo Ancelotti #LaLiga
;