LaLiga: Barcelona perlu sentiasa jadi pencabar utama -- Hansi Flick

Shaiful Shamsudin
August 26, 2024 07:53 MYT
Barcelona yang memulakan musim LaLiga dengan dua kemenangan berturut-turut walaupun kehilangan beberapa pemain utama secara tidak langsung meningkatkan jangkaan ramai terhadap pengurus baru, Hansi Flick.
Mengungguli carta Laliga bersama Celta Vigo dengan enam mata, Barcelona akan bertandang ke Rayo Vallecano yang belum tewas selepas mengejutkan Real Sociedad 2-1 dan mengikat Getafe dengan keputusan seri tanpa jaringan, hujung minggu lalu.
"Matlamat yang patut diterapkan di Barcelona sepatutnya sentiasa berjuang memenangi liga," katanya dalam sidang akhbar awal pagi tadi.
“Sudah tentu, ia adalah satu perjalanan yang panjang tetapi kami telah bermula dengan baik walaupun semuanya boleh berubah dengan sekelip mata.

Time to recharge ? pic.twitter.com/vzdGran2eZ

— FC Barcelona (@FCBarcelona) August 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami gembira dengan permulaan kami dan kami memiliki keyakinan buat masa ini. Kami tidak melihat sejauh Mei, fokus kami adalah untuk mengekalkan momentum dalam perlawanan seterusnya.
"Kami cukup berpuas hati atas rentak di atas padang. Kualiti sesi latihan adalah baik, pemain sangat fokus, keamatannya bagus dan anda boleh lihat itu menerusi perlawanan."
#Barcelona #LaLiga