Pertemuan diantara Turkiye dan Georgia dalam saingan kumpulan F Euro 2024 menyaksikan beberapa muka baru yang perlu diberi tumpuan untuk memperlihatkan pasukan mana mampu mendominasi di Stadium BVB Dortmund, sebentar nanti.

Pemain muda Real Madrid, Arda Guler, menjadi taruhan skuad kendalian Vincenzo Montella untuk mengejutkan jentera pertahanan Georgia di samping ingin mendapatkan tiga mata penuh dalam kejohanan berprestij itu.

Tidak dilupakan, tonggak utama Inter Milan, Hakan Calhanoglu, turut mendapat tumpuan selepas mempunyai prestasi cemerlang membantukan pasukannya di liga terulung Itali, Seria A.

Georgia semestinya tidak akan memberikan ruang mudah buat Turkiye malah, sedia merencana serangan yang diketuai oleh pemain terkemuka Napoli, Khvicha Kvaratskhelia.