Kembali berkayuh atau sebagai jurulatih, Azizulhasni kata tunggu jawapan selepas Umrah

Najmi Iman
December 22, 2024 19:05 MYT
Meskipun tiada pengumuman secara rasmi dibuat mengenai persaraannya, Datuk Azizulhasni Awang tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke arena pedal sebagai atlet mahupun seorang jurulatih.
Tegasnya, perbincangan bakal dilakukan bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley, bagi menentukan hala tuju seterusnya sejurus selesai mengerjakan Umrah.
"Saya agak teruja dengan keputusan yang dibuat oleh pihak jawatan kuasa. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kerana masih mengekalkan saya dalam program podium.

Akui dipujuk John Beasley utk bantu kem basikal negara sebagai jurulatih, Datuk Azizulhasniawang pertimbang keputusan selepas selesai menjalani umrah. Laporan penuh Nadi Weekend@ASTROARENA pic.twitter.com/0BdNpDz7Mw

— Faizal Bazari (@faizalbazario) December 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Walaupun saya belum mengumumkan kata putus sama ada kembali berkayuh atau tidak, tetapi bergantung kepada dua faktor.
"Bagaimana mereka mampu menarik saya semula untuk berlumba atau sebagai motivasi buat pelumba muda negara untuk terus bersemangat.
"Seperti yang saya ulas sebelum ini, baton telah bertukar tempat. Saya masih lagi membantu pelumba-pelumba negara.
"Saya akan berbincang semula dengan mereka selepas selesai mengerjakan Umrah," katanya di Nadi Weekend.
#Azizulhasni Awang #Berbasikal
;