Kelayakan Piala Dunia: Craig Goodwin pacu kemenangan Australia benam China
Saufi Tahir
October 11, 2024 10:17 MYT
October 11, 2024 10:17 MYT
Penyerang Australia, Craig Goodwin, menjaringkan gol menakjubkan ketika menewaskan China 3-1 dalam aksi Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia, awal pagi tadi.
Dia memanfaatkan pelaung beraksi di laman sendiri di Adelaide dengan melakukan rembatan jarak jauh menerusi kaki kirinya untuk meletakkan Socceroos mendahului pada minit ke-53 dalam perlawanan pertama kendalian Tony Popovis sebagai pengurus.
A Goodwin Golazo ?✨ Craig Goodwin marks his first #Socceroos game in his hometown with a beauty ??#AUSvCHN pic.twitter.com/Lt9jYmubIV
— Subway Socceroos (@Socceroos) October 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan Miller terlebih dahulu membatalkan gol pembukaan Xie Wenneng pada minit ke-20 untuk China.
Pemain gantian, Nishan Velupillari, melengkapkan kemenangan Australia dengan jaringan ketiga dalam aksi sulungnya sembilan minit selepas masuk untuk menang 3-1.
Untuk rekod, Goodwin telah menjaringkan 12 gol dan mencipta 27 peluang jaringan untuk skuad Socceroos tahun ini.
China tewas dalam empat perlawanan terakhir dengan bolos sebanyak 13 jaringan dengan kali terakhir mereka tewas berturut-turut adalah pada 2003.