Kelayakan Piala Dunia: Berghuis, De Jong pacu kebangkitan Belanda

Muzaffar Musa
March 28, 2021 02:10 MYT
Frank de Boer memperoleh kemenangan yang amat-amat diperlukannya apabila pasukannya, Belanda, menewaskan Latvia 2-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di laman sendiri awal pagi tadi.
Memerlukan respons terbaik selepas tewas 2-4 kepada Turki dalam perlawanan pertama Kumpulan G, Belanda mempamerkan aksi lebih baik di Arena Johan Cruijff.
Steven Berghuis menghasilkan gol antarabangsa pertamanya dari jarak 20 ela untuk meletakkan skuad The Oranje itu di depan pada minit ke-32.
Luuk de Jong kemudian memastikan kemenangan pasukannya dalam babak kedua menerusi gol tandukan yang dilakukannya pada minit ke-69.
Kemenangan itu memberikan kelegaan buat ketua jurulatih Belanda, De Boer -- yang kali pertama mengemudi pasukan itu di depan penonton -- apabila mereka kini berada di tangga ketiga Kumpulan G.
Belanda seterusnya akan bertemu Gibraltar manakala Latvia pula akan berdepan Turki.

First international goal for Steven Berghuis ??#NEDLET pic.twitter.com/NRprHbt2OY

— OnsOranje (@OnsOranje) March 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Frank de Boer #Latvia #Belanda #kelayakan Piala Dunia