Kelayakan Piala Dunia 2026: Samurai Biru terus ungguli Kumpulan C, China jadi mangsa seterusnya
Najmi Iman
November 19, 2024 06:43 MYT
November 19, 2024 06:43 MYT
Jepun kekal mengukuhkan kedudukan di persada Kumpulan C selepas mengutip kemenangan kelima berdepan China di tempat lawan dalam Kelayakan Piala Dunia 2026, malam tadi.
Koki Ogawa dan Ko Itakura memberikan keselesaan buat skuad kendalian Hajime Moriyasu di separuh masa pertama untuk kedudukan 2-0 yang membawa kepada pertukaran strategi pasukan tuan rumah.
Gol pertama China hadir pada minit ke-48 menerusi Lin Liangming dengan harapan mahu menyamakan kedudukan dan selain mencabar tempat dalam kumpulan tersebut.
?試合終了?️ ?FIFA #ワールドカップ 26アジア最終予選(3次予選) ??SAMURAI BLUE 3-1 中国代表?? ⌚️21:00(??) ?#DAZN で無料配信(https://t.co/M74ej4I3vh) ?https://t.co/zsgMzAbrqe@FIFAWorldCup #FIFAWorldCup #AsianQualifiers#夢への勇気を #SAMURAIBLUE #jfa #daihyo… pic.twitter.com/q1HCyhZsbc
— サッカー日本代表 ?? (@jfa_samuraiblue) November 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan kemenangan daripada Koki Ogawa menutup hasrat China melakukan kebangkitan di samping pertahanan kebal Samurai Biru yang sukar ditembusi skuad Tembok Besar China.
Persaingan kini lebih terbuka buat empat pasukan yang merekodkan pungutan mata yang sama sudah tentu ingin merebut tempat demi ke kejohanan berprestij itu secara merit.