Kelayakan Piala Dunia 2026: Jaringan Son Heung-min pudarkan harapan Palestin

Najmi Iman
November 19, 2024 07:07 MYT
Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, menyelamatkan maruah Korea Selatan daripada diaibkan oleh Palestin dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, malam tadi.
Keputusan itu jelas memberi kesukaran buat skuad kendalian Makram Daboub yang terus menghuni tangga tercorot Kumpulan B.
Palestin yang perlu bermain di gelanggang lain ekoran serangan daripada negara haram, Israel, terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi Zaid Qunbar tampak memberikan keyakinan tinggi meskipun kurang menguasai keseluruhan aksi.

[FT] 대한민국?? 1-1 ??팔레스타인 비록 무승부로 경기를 마쳤지만, 11월 2연전에서 승점 4점을 쌓으며 조 1위를 이어나가는 대한민국! 2024년 마지막 A매치까지 뜨겁게 응원해주신 축구 팬 여러분께 진심으로 감사드립니다!#대한민국 #축구국가대표팀 #월드컵 #3차예선 pic.twitter.com/Fohz9PI3jg

— theKFA (@theKFA) November 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebanyak 16 percubaan serta enam rembatan tepat berjaya dihasilkan Korea Selatan, namun gagal diterjemahkan kepada jaringan kemenangan.
Kuisan daripada Son sudah cukup buat Korea Selatan membawa pulang dengan satu mata dan kekal menduduki tempat pertama kumpulan sambil diekori rapat Iraq.
#bola sepak #Korea Selatan #Palestin #Kelayakan Piala Dunia 2026
;