Kelayakan Piala Dunia 2026: FIFA, UEFA haramkan enam perlawanan ekoran konflik dunia

Najmi Iman
December 14, 2024 08:10 MYT
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) bersetuju untuk menggantung enam perlawanan antarabangsa berikutan undian Kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung semalam.
Keputusan tersebut dibuat berdasarkan konflik yang berlaku oleh sesetengah negara disebabkan pertembungan politik yang boleh mengancam keselamatan pemain dan penyokong.
Sebelum cabutan undi dilakukan, juara Euro 2024, Sepanyol, yang sudah tentu diletakkan dalam Pot 1 tidak akan diundi bersama Gibraltar kerana ketegangan mengenai siapakah pemilik asal negara tersebut. Perkara itu menjadi semakin panas apabila pemain tengah Manchester City, Rodri, menyanyikan lagu kontroversi yang mendakwa Gibraltar ialah milik Sepanyol susulan kemenangan La Roja, Ogos lalu.

Which group excites you the most? ?#WCQ pic.twitter.com/PpTQhSkBOl

— UEFA EURO 2024 (@UEFAEURO) December 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Armenia dan Azerbaijan juga tidak layak untuk bertemu antara satu sama lain kerana ketegangan politik ke atas wilayah Nagorno-Karabakh yang dipertikaikan.
Kosovo yang telah diletakkan dalam Pot 6 juga dilarang daripada diundi menentang Bosnia-Herzegovina atau Serbia kerana konflik sejarah negara itu yang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia pada 2008.
Sejak pengisytiharan itu, Serbia, bersama beberapa sekutu antarabangsa mereka enggan mengiktiraf Kosovo sebagai negara mereka sendiri.
Selain itu, FIFA dan UEFA kekal melarang penyertaan Rusia dalam mana-mana kejohanan bola sepak seluruh dunia.

Senarai penuh perlawanan yang diharamkan oleh UEFA dan FIFA

#bola sepak #FIFA #UEFA #Kelayakan Piala Dunia 2026
;