Kelayakan Piala Dunia 2026: Colombia tundukkan Argentina, Brazil tewas tipis
Najmi Iman
September 11, 2024 11:57 MYT
September 11, 2024 11:57 MYT
Colombia berjaya membalas dendam atas kekalahan lalu berdepan Argentina dalam final Copa America 2024 dengan kemenangan untuk membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026.
Tandukan Yerson Mosquera tepat menuju jaring penjaga gol Argentina, Geronimo Rulli, menerusi lorongan cantik bekas pemain Real Madrid, James Rodriguez.
Nicolas Gonzalez menghidupkan peluang La Abiceleste apabila memberikan gol penyamaan 1-1 sebelum pengesahan video bantuan pengadil (VAR) memberikan penalti buat Colombia selepas mendapati kekasaran berlaku sekali gus memberikan kejayaan 2-1 buat Colombia.
¡??????????????????? ???????????? ?????????????????????! ?? 2-1 ??#TodosSomosColombia ?? pic.twitter.com/MttKTnPoOR
— Selección Colombia (@FCFSeleccionCol) September 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, skuad bimbingan Dorival Junior memburu kemenangan keempat dalam pertemuan menentang Paraguay.
Rembatan padu Diego Gomez menggegar gawang Allison Becker yang turut kekal sehingga wisel penamat untuk menandakan kekalahan keempat Brazil dalam kempen Conmebol.