Alan Browne menggesa Republik Ireland untuk menyekat Belanda daripada berpesta lebih awal sebelum menutup kempen kelayakan Euro 2024.

Ireland, yang dijadualkan bertemu Belanda dalam aksi kelapan mereka di gelanggang lawan pada awal pagi esok, akan datang dengan misi besar.

Setelah percubaan mereka untuk mara ke pusingan akhir pada musim panas akan datang musnah dengan hanya merekod enam mata dalam tujuh perlawanan, pemain tengah itu berkata: "Kami tidak ingin datang tanpa tujuan. Kami datang dengan misi meraih kemenangan untuk akhiri kempen ini"

"Kami mahu memenangi permainan dan merosakkan parti awal mereka tetapi ia bukan bermaksud ingin membalas dendam.

"Ia hanya sebagai satu keinginan sebagai pemain profesional yang mahu memenangi setiap perlawanan, terutama di peringkat tertinggi menentang salah satu pasukan terbaik di dunia.

"pasti semua pemain mahu memberikan aksi terbaik yang mengentarkan pasukan lawan.

"Jika hajat ini tercapai, ia akan menjadi sangat bermakna buat kami," katanya lagi.