Kelayakan Euro 2024: Kevin De Bruyne galas peranan kapten Belgium

Shaiful Shamsudin
March 22, 2023 00:24 MYT
Belgium mengesahkan Kevin De Bruyne akan memakai lilitan ketua pasukan tetap.
Bintang tengah Manchester City itu mengambil alih jawatan daripada Eden Hazard yang mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa pada Disember lalu sebaik Belgium tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia di Qatar.
Penyingkiran itu menandakan berakhirnya era Roberto Martinez dan De Bruyne akan ditugaskan untuk memimpin pasukan itu di bawah kendalian jurulatih baru, Domenico Tedesco.
De Bruyne telah memenangi 97 penampilan untuk Belgium selain menyumbangkan 25 gol.

©️DB. ?? pic.twitter.com/4OYuQU2klq

— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) March 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois, dan penyerang, Romelu Lukaku, yang dipinjamkan ke Inter daripada Chelsea telah dinamakan sebagai timbalan ketua pasukan.
Belgium akan memulakan misi melayakkan diri ke Euro 2024 apabila menentang Sweden di Stockholm, Sabtu ini.
Mereka juga telah diundi di samping Austria, Azerbaijan dan Estonia dalam Kumpulan F.
Anak buah Tedesco itu kemudian bakal menguji tuan rumah Euro 2024, Jerman, dalam perlawanan persahabatan minggu depan.
#Kevin De Bruyne #Belgium #Kelayakan Euro 2024