Kelayakan Euro 2024: Kemenangan ringankan beban ketua jurulatih Wales
Shaiful Shamsudin
September 12, 2023 12:53 MYT
September 12, 2023 12:53 MYT
LATVIA 0 WALES 2
Wales menyalakan harapan mereka dalam kelayakan Euro 2024 dengan kemenangan 2-0 di Latvia menerusi gol peribadi ke-100 Aaron Ramsey dan David Brooks menggandakan kedudukan buat barisan kendalian Rob Page yang kedudukannya kian goyah.
Ramsey meledak gol penalti pada minit ke-29 -- gol ke-21 bersama Wales -- sebelum Brooks yang masuk sebagai pemain gantian untuk menggantikan kapten yang tercedera itu menamatkan sisa perjuangan tuan rumah pada minit ke-6 masa kecederaan, awal pagi tadi.
Ia kemenangan kedua buat Wales dalam 14 percubaan dan secara tidak langsung memberi harapan baru dalam usaha merebut dua tangga teratas dalam Kumpulan D.
Pada malam ketika Wales hanya perlu menang atau melalui liku play-off untuk mara ke pusingan akhir di Jerman pada musim panas akan datang, pendahulu kumpulan, Croatia, pula mencerahkan peluang itu dengan kemenangan 1-0 di Armenia.
"Ia menyeronokkan, semangatnya benar-benar terasa dan ia adalah satu pujian besar oleh pemain kepada diri saya.
?? @DRBrooks15 #TogetherStronger pic.twitter.com/NYInIzBmxH
— Wales ??????? (@Cymru) September 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya baru sahaja berkata kepada mereka, termasuk pemain yang belum diturunkan juga kesemuanya memainkan peranan. Tiada 'telur busuk' dalam bilik persalinan itu.
“Tekanan tidak wujud, ia wujud daripada pengaruh luar.
“Sebagai kakitangan kami melakukan yang terbaik untuk cuba untuk tidak terpengaruh dan kekal setenang mungkin.
“Kami tahu ia akan menjadi ujian yang sukar untuk kami selepas kekalahan teruk ditanggung pihak lawan. Ia bukan sekadar tentang kemenangan, saya fikir prestasinya luar biasa.
“Untuk 35 minit separuh masa pertama, kami cemerlang dam mengekalkan bola. Kami mendapat gol dan kemudian berundur sedikit, itu yang perlu kami tangani.”
Croatia akan berkunjung ke Cardiff bulan depan bagi aksi kelayakan Euro seterusnya.