Kelayakan Euro 2024: Ireland masih berada di landasan betul, kata Callum Robinson
Muzaffar Musa
October 18, 2023 12:48 MYT
October 18, 2023 12:48 MYT
Callum Robinson yakin Republik Ireland masih menuju ke landasan yang betul di sebalik kempen mengecewakan dalam pusingan kelayakan Euro 2024.
Ireland kelihatan tidak akan beraksi dalam kejohanan utama Eropah itu di Jerman tahun depan selepas hanya mengumpulkan enam mata daripada tujuh perlawanan pertama Kumpulan B dan hanya berbaki satu perlawanan di laman Belanda bulan depan.
Ia menyaksikan kedudukan pengurus pasukan, Stephen Kenny, kn goyah tetapi penyerang Cardiff, Robinson percaya usaha yang dilakukan pengendali berusia 51 tahun itu sejak menggantikan Mick McCarthy pada April 2021 akan membawa pulangan tidak lama lagi.
Bercakap selepas kemenangan 4-0 ke atas Gibraltar di Faro awal pagi semalam, pemain berusia 28 tahun itu berkata: "Terdapat terlalu banyak potensi dan ia sesuatu yang sukar untuk diterima semua orang tetapi saya fikir kami sudah melalui perjalanan yang panjang daripada segi bola sepak.
"Kini, ia sudah melalui fasa untuk memenangi perlawanan dan mendapatkan tiga mata. Ia mengecewakan apabila kami tidak mendapat keputusan yang kami mahukan tetapi jika anda melihat pada ketika jurulatih datang kepada kami, dia melengkapkan kami dan kami kini bermain dengan jauh lebih baik.
"Tetapi ia tentang untuk menyatukan semua itu, menjadi sebuah pasukan yang sukar untuk dikalahkan, menjaringkan gol dan mendapatkan kemenangan," katanya.