HUNGARY 2 SERBIA 1

Hungary kini menjadi pendahulu Kumpulan G pusingan kelayakan Euro 2024 selepas menewaskan Serbia 2-1 di Arena Puskas awal pagi tadi.

Barnabas Varga hanya memerlukan 21 minit untuk meletakkan tuan rumah di depan tetapi kelebihan itu hanya bertahan selama 12 minit sebelum Strahinja Pavlovic kembali mengikat kedudukan buat Serbia.

Bagaimanapun, Hungary segera mendapatkan kembali kelebihan mereka menerusi percubaan dari jarak 25 ela yang dilakukan Roland Sallao pada minit ke-34.

Kemenangan itu menyaksikan Hungary menduduki tangga teratas Kumpulan G dengan 13 mata, tiga mata meninggalkan Serbia, yang telah beraksi lebih satu perlawanan, di tempat kedua.