Kelayakan Euro 2024: Greece tutup peluang Ireland layak secara automatik

Muzaffar Musa
October 14, 2023 09:34 MYT
REPUBLIK IRELAND 0 GREECE 2
Peluang Republik Ireland untuk layak ke Euro 2024 tertutup selepas tewas 0-2 di tangan Greece dalam aksi pusingan kelayakan di Dublin awal pagi tadi.
Georgios Giakoumakis dan Georgios Masouras menjaringkan gol dalam separuh masa pertama untuk menutup peluang Ireland ke kejohanan utama di Jerman musim panas tahun depan.
Dengan kemenangan terbaru itu, Greece kini melonjak ke tangga kedua dengan 12 mata dan ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Perancis, yang sudah mengesahkan kelayakan dengan kemenangan dalam keenam-enam perlawanan pertama.
Menyusul di belakang Greece, Belanda dengan sembilan mata sambil Ireland sekadar meraih tiga mata di tangga keempat berbaki dua perlawanan.
Ia menyaksikan Ireland tidak lagi mampu memintas kedudukan Greece dan hanya dapat mengumpulkan sembilan mata jika memenangi kedua-dua perlawanan terakhir.
#bola sepak #Greece #Republik Ireland #Kelayakan Euro 2022