Ezri Konsa, Cole Palmer dan Rico Lewis kesemuanya menerima panggial kebangsaaan pertama untuk bersama skuad senior kebangsaan England menjelang dua perlawanan terakhir pusingan kelayakan Euro 2024 bulan ini.

Pengurus, Gareth Southgate, menyenaraikan tiga pemain itu bagi perlawanan menentang Malta dan Macedonia Utara, masing-masing pada 18 dan 21 November ini, selepas terpaksa menggugurkan James Maddison, Lewis Dunk dan Callum Wilson gara-gara kecederaan.

Kesemua tiga pemain baru itu hadir daripada pasukan remaja England, di mana pemain serba boleh Manchester City berusia 18 tahun, Lewis, telah melakukan empat penampilan bersama skuad B-21, sambil pertahanan Aston Villa berusia 26 tahun, Konsa, memenagi Kejohanan Toulon pada 2018, setahun selepas menjulang Piala Dunia B-20.

Penyerang Chelsea, Palmer, 21, yang menjaringkan gol kemenangan dalam waktu kecederaan ketika mengikat Manchester City 4-4 hujung minggu lalu, pula merupakan sebahagian daripada skuad B-21 England ketika menjuarai Kejohanan Eropah pada musim panas lalu.