Kejohanan Wimbledon: Katie Boulter tidak tertekan bawa status pemain nombor satu British

Muzaffar Musa
July 2, 2023 11:16 MYT
Menjadi pemain nombor satu British tidak akan memberikan tekanan tambahan untuk beraksi dalam Kejohanan Tenis Wimbledon, kata Katie Boulter.
Pemain berusia 26 tahun itu mendaki kedudukan tertinggi bagi pemain British selepas memenangi kejohanan Jelajah WTA pertamanya di Nottingham bulan lalu dan tanpa kehadiran Emma Raducanu kerana kecederaan, dia kini menjadi pemain berprofil paling tinggi buat peminat tuan rumah di Wimbledon.
Ditanya sama ada dia memikul beban yang lebih berat di bahunya kerana status itu, Boutler berkata: "Saya fikir tidak. Saya berasa amat selesa menjadi diri sendiri apabila ia melibatkan perkara seperti ini. Saya boleh melakukan yang terbaik dan pada akhirnya, hanya itu yang saya boleh lakukan.

Nothing but smiles here. Touchdown @Wimbledon ?? pic.twitter.com/4OD1h2uVdG

— Katie Boulter (@katiecboulter) June 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tahu saya sudah berusaha. Jika ia berlaku dengan sebaiknya minggu ini, ia amat hebat, impian jadi kenyataan.
"Tetapi saya pernah duduk di sini dan menyaksikan Wimbledon dan banyak kali saya tidak beraksi di Wimbledon.
"Dan saya tidak mengambil mudah sebarang perkara untuk berada di sini dan bermain dan menjadi sebahagian daripada kejohanan ini.
"Saya tidak membaca mana-mana akhbar. Sudah pasti ia sesuatu yang baik apabila mereka menghargai anda tetapi pada masa sama, ia tentang tenis dan saya mempunyai banyak perkara untuk dilakukan.
"Saya perlu menyelesaikan tugas saya dan kekal rendah diri," katanya.
#WTA #Tenis #Grand Slam #Kejohanan Wimbledon #Katie Boulter
;