Kejohanan Wimbledon: Hurkacz musnahkan hasrat gelaran kesembilan Federer
Muzaffar Musa
July 8, 2021 09:31 MYT
July 8, 2021 09:31 MYT
Hasrat Roger Federer untuk meraih gelaran kesembilan dalam Kejohanan Tenis Wimbledon tidak kesampaian sebaik tewas straight-set kepada Hubert Hurkacz dalam suku akhir awal pagi tadi.
Federer sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke peringkat tertinggi di All England Club, di mana masalah kecederaan kecederaan dan kemerosotan prestasi kerap mengganggu usahanya menambah koleksi kejuaraan grand slam di gelanggang rumput itu.
Pemain berusia 39 tahun itu tidak dapat menjawab pukulan servis kencang Hurkacz, yang beraksi buat kali pertama dalam suku akhir grand slam sepanjang kariernya selepas mengejutkan Daniil Medvedev dalam pusingan keempat.
Perlawanan itu berlarutan panjang dan Federer jelas sudah kehabisan tenaga untuk membenarkan Hurkacz mengesahkan laluan ke separuh akhir selepas merekodkan kemenangan 6-3, 7-6, 6-0.