Kejohanan Skuasy Sirkit Remaja Kebangsaan: Muncul juara adalah bonus -- Kaveeshan

Ammar Hakim
July 21, 2024 17:56 MYT
Juara skuasy remaja kebangsaan, E. Kaveeshan Gnana, berasakan kemenangan 3-2 ke atas K. Rashwind Nantha sebagai bonus selepas hanya meletakkan sasaran mara ke final.
Selepas tewas 11-13 dalam set pertama, Kaveeshan bangkit dengan kemenangan mudah 11-6 namun tewas semula pada set ketiga dengan keputusan 5-11.
Tidak berfikir panjang, dengan momentum yang sedia terbina, Kaveeshan mudah mendominasi dua lagi set terakhir dengan keputusan 11-3 dan 12-10 sekali gus merangkul gelaran juara pertamanya bagi kategori bawah 15 tahun.
"," katanya.
Menang mudah 3-0 ke atas pencabar terdekat, M. Jinoreeka Ning tetap berasakan itu adalah perlawanan paling sukar yang pernah dihadapi sepanjang menceburi sukan itu.
Walaupun pungutan mata untuk setiap set 11-3, 11-2 dan 11-6 jauh meninggalkan wakil dari Kedah iaitu Emelda Camalia, Jinoreeka tetap merasakan gementar terhadap saingan yang diberi.
Ini kerana pihak lawannya itu hampir mengejar pada set kemenangan dengan memungut tiga mata secara berterusan namun berjaya disangkal sekali menjuarai kategori bawah 17 tahun.
"," katanya.
#Skuasy