Kejohanan Queens Club: Alcaraz tepati ramalan muncul juara atasi De Minaur

Muzaffar Musa
June 26, 2023 02:07 MYT
Carlos Alcaraz memastikan kejuaraan pertamanya di gelanggang rumput dan bakal menjadi tumpuan utama dalam Kejohanan Wimbledon selepas menewaskan Alex De Minaur dalam final Kejohanan Tenis Queens Club malam tadi.
Pemain Sepanyol berusia 20 tahun itu kini memintas Novak Djokovic selaku pemain nombor satu dunia dan sah akan menjadi pencabar utama jaguh Serbia itu di SW19 bulan depan.
Alcaraz muncul juara dengan aksi dominan ke atas De Minaur untuk menang 6-4, 6-4.
Lebih mengujakan, ia hanya merupakan kejohanan ketiganya di atas gelanggang rumput dan yang pertama di luar Kejohanan Wimbledon.

The new ???????? of the #cinchChampionships ? ? @carlosalcaraz ? pic.twitter.com/2mnSuLMC9P

— LTA (@the_LTA) June 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#WTA #Tenis #Alex De Minaur #Carlos Alcaraz #Kejohanan Tenis Queens Club