Kejohanan Bola Sepak 7's Asia: Tugas sukar menanti skuad negara

Muzaffar Musa
September 11, 2024 18:55 MYT
Malaysia berdepan tugas sukar apabila diundi bersama naib juara, India, dalam Kumpulan B, Kejohanan Bola Sepak 7's Asia di Manila, Filipina bulan depan.
Turut membarisi Kumpulan B ialah pasukan yang layak ke separuh akhir tahun lalu, Filipina, dan Hong Kong.
Pesuruhjaya kejohanan itu, Anton Del Rosario, mengakui edisi kali ini akan membuka peluang untuk bakat-bakat baru menyerlah.
"Bola sepak tujuh sepasukan mencipta peluang untuk ramai pemain bola sepak, bukan hanya di Asia tetapi seluruh dunia," katanya seperti yang dilaporkan Nadi Arena.
"Kami di sini bukan untuk bersaing dengan bola sepak 11 sepasukan tetapi kami di sini untuk melengkapkannya.
"Buat pemain yang mungkin tidak memiliki kemahiran yang mencukupi untuk bola sepak 11 sepasukan, mungkin tempat mereka adalah dalam bola sepak tujuh sepasukan," katanya.
Dalam pada itu, pasukan pilihan utama, Jepun, diundi dalam Kumpulan A bersama Brunei, Singapura dan Vietnam.
#bola sepak #Bola Sepak 7's #Kejohanan Bolasepak 7's Asia
;