Kejohanan Bola Sepak 7's Asia: Optimis bawa pasukan ke peringkat akhir -- Sulaiman Hussin
Najmi Iman
October 9, 2024 19:19 MYT
October 9, 2024 19:19 MYT
Ketua jurulatih skuad bolasepak 7's negara, Sulaiman Hussin, tidak mahu menjadikan tempoh persiapan tiga minggu sebagai alasan sebaliknya menyeru pasukannya untuk mara sejauh mungkin dalam penampilan sulung Kejohanan Bolasepak 7's Asia di Shah Alam bermula esok.
Sulaiman mempercayai bahawa kehadiran nama besar seperti bekas pemain Harimau Malaya, Indra Putra Mahayuddin, Razman Roslan serta Abdul Manaf Mamat, mampu membentuk barisan skuad terhebat bersama tonggak lain.
Pengendali berusia 47 tahun itu mensasarkan Malaysia bermula langkah kanan dalam aksi pembukaan Kumpulan B menentang naib juara edisi lalu, India.
"Aspek yang paling penting ialah teknikal kerana ia tidak kerap bermain secara hantaran lintang serta memerlukan pelbagai kombinasi permainan.
"Saya mencari pemain yang selesa dengan bola dan apabila kehadiran pemain berpengalaman, pemain daripada liga amatur dan pemain futsal menjadikan mereks semua serasi.
"Apabila diberi amanah, saya tidak mahu pasukan saya pulang awal sebaliknya ingin bermain sehingga perlawanan akhir," katanya.