Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan edisi ke-45: Kuala Lumpur hampir alami kejutan kekuatan Pahang
Ammar Hakim
December 19, 2024 19:55 MYT
December 19, 2024 19:55 MYT
Saingan sesi pagi hari pertama Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan edisi ke-45 menyaksikan juara bertahan, Kuala Lumpur hampir dikejutkan Pahang dalam aksi pembukaan.
Di awal perlawanan, nampak pasukan Pahang tampil dengan aksi lebih mantap selepas berjaya curi satu demi satu mata untuk berada di hadapan.
Namun pertukaran percaturan dilakukan jurulatih Kuala Lumpur, Husna Hussin Ali, berjaya bertukar rentak permainan secara signifikan sekaligus menutup perlawanan pertama mereka dengan kemenangan 41-37.
Dalam satu lagi perlawanan, pasukan yang menjadi pencabar terdekat Kuala Lumpur dalam kejohanan itu, iaitu Johor tiada masalah untuk menundukkan Sabah dengan keputusan 38-26.
Walaupun ada sedikit 'lambat panas' di awal perlawanan, namun kehebatan Johor terserlah apabila mereka berjaya untuk menutup suku pertama dengan 20-12 di hadapan.
Sabah yang cuba bangkit di suku kedua terpaksa akur dengan kehebatan anak buah bekas MVP NSL2021, Pow Mei Foong, yang menyuntik semangat juang tinggi dalam pasukannya dalam cuba rampas gelaran juara edisi kali ini.