Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2024: Mei Foong puas hati momentum positif Johor

Saufi Tahir
December 20, 2024 19:20 MYT
Naib juara edisi 2023, Johor, tidak berdepan masalah untuk pastikan kemenangan di aksi ketiga Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2024, sebaik mereka menumpaskan pasukan Melaka 46-14 sekali gus melaungkan amaran dalam kejuaraan kali di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu bakal menjadi milik skuad bimbingan Pow Mei Foong.
Aksi yang berlangsung di Bukit Kiara itu tampak mudah buat pasukan Johor dalam mempamerkan penguasaan awal sekaligus membiarkan barisan bimbingan Noorrul Afniza Ahmad akur terus kecewa dalam pemburuan kemenangan pertama edisi ke-45 kali ini.
"Saya amat berpuas hati dengan prestasi anak buah saya, prestasi mereka semakin meningkat sejak hari pertama.
"Saya memandang kehadapan berdepan Negeri Sembilan, mereka pasukan yang agresif, jadi kami perlu terus berdisiplin dan teruskan percaturan semasa latihan dalam gelanggang," katanya jurulatih bola jaring Johor, Pow Mei Foong.
Dalam pada itu, ketua pasukan Johor, Siti Alisyha Nazari, tidak menafikan momentum kejayaan dari Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 ternyata menjadi pengalaman berguna buat dirinya dalam membantu pasukan bagi merealisasikan misi penting kali ini.
"Sebagi ketua pasukan, kami telah lakukan yang terbaik. Kami telah memperbaiki kesilapan yang dilakukan dalam aksi sebelum ini.
"Saya membawa corak permainan saya sebelum ini di Sukma dan memperbaiki ketika beraksi di kejohanan ini." tambahnya.
#Bola Jaring #Pow Mei Foong #Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2024
;