Keinginan atasi Messi cetus perpindahan Ronaldo ke Juventus -- Giggs
Penulis Jemputan
July 11, 2018 07:13 MYT
July 11, 2018 07:13 MYT
Cita-cita tinggi yang dimiliki Cristiano Ronaldo untuk sentiasa menjadi lebih bagus berbanding Lionel Messi mungkin telah memberi motivasi untuk dia berhijrah ke Juventus, kata bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Ryan Giggs.
Ronaldo dan Messi telah bersaing untuk bergelar pemain terbaik dunia dalam 10 tahun terakhir, memenangi lima anugerah Ballon d'Or setiap seorang di sebalik perseteruan di antara Real Madrid dan Barcelona di pentas LaLiga.
Pemain berusia 33 tahun itu memenangi kejuaraan liga di England dan Sepanyol serta menikmati kejayaan bersama skuad kebangsaan Portugal, sekali gus membuatkannya lebih ke depan berbanding kapten Argentina itu.
Giggs, yang beraksi bersama Ronaldo sewaktu kapten Portugal itu menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah yang pertama daripada lima jumlah keseluruhan, percaya keinginan untuk menakluki Itali membuatkan Ronaldo mahu terus menjadi pemain terbaik.
"Saya terkejut apabila mendengar dia akan meninggalkan Real Madrid untuk ke Itali," ujar Giggs.
"Saya rasa ia adalah cabaran besar buat dirinya tetapi dia berhijrah ke kelab besar. Dalam rekod, anda adalah pemain Real Madrid, Manchester United dan Juventus.
"Dia terlalu teruja untuk menjadi lebih baik berbanding Messi dan kini memilikinya.
"Mungkin dia sering bertanya kepada dirinya: Adakah saya lebih bagus berbanding Messi?"