Kecederaan Leonard menakutkan -- Paul George
Ammar Hakim
December 26, 2020 03:05 MYT
December 26, 2020 03:05 MYT
Kecederaan muka 'mengerikan' dialami oleh bintang Los Angeles Clippers, Kawhi Leonard semalam menyaksikan rakan sepasukannya 'memikirkan yang terburuk'.
Penyerang The Clippers itu berlanggar dengan Serge Ibaka apabila rakan sepasukannya itu cuba mendapatkan rebound dan tersiku Leonard.
Leonard mengalami pendarahan yang teruk di bahagian mulut sebelum diusung keluar ke bilik persalinan pada suku keempat.
This was tough to watch. Kawhi Leonard took a nasty elbow to the face from his teammate Serge Ibaka. Rarely do you see this much blood in a game.. pic.twitter.com/ThgtB9D2GO
— Skubie Mageza KWQC-TV6 (@Skubie3Mageza) December 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam ketiadaan All-Star empat kali itu, yang dilaporkan mengalami lapan jahitan di bahagian mulut, The Clippers berjaya merekodkan kemenangan ke atas Denver Nuggets 121-108.
Paul George berkata dia 'sangat bimbang' apabila menyaksikan luka yang dialami rakan sepasukannya itu, dan berkata, "Saya memikirkan yang perkara yang teruk bakal dihadapinya. Saya tidak tahu jika dia masih lagi keliru atau apa yang berlaku sebenarnya kerana saya tidak menyaksikan pelanggaran itu.
"Saya hanya terlihat dia telah terbaring. Perkara paling utama adalah memastikan dia berada dalam keadaan yang baik."
Team Win! #ClipperNation pic.twitter.com/mIwPWD8jvd
— Nicolas Batum (@nicolas88batum) December 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Leonard berjaya meraih 21 mata, tujuh assist, lima rebound dan merampas bola empat kali di Pepsi Center.