Karier memanah Nur Jannaton bermula di Padang Veterinar
Saufi Tahir
September 7, 2024 19:33 MYT
September 7, 2024 19:33 MYT
Atlet memanah para negara, Nur Jannaton Abdul Jalil, menjadikan Padang Veterinar, Ipoh sebagai lokasi yang banyak memberikan kenangan dalam permulaan karier memanahnya sehingga berjaya mewakil Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Dia berkongsi cabaran yang dihadapinya sebelum ini dimana dia terpaksa tinggal berseorangan bagi ingin memastikan dia sampai ke lokasi latihan dengan cepat.
“Saya akan lawan angin balik” Nur Jannaton Abdul Jalil janji kebangkitan pada acara terakhirnya di Paris, bergandingan bersama Daneshen Govinda Rajan ???@ASTROARENA pic.twitter.com/6x90QUoKGU
— karlnunis (@_karlnunis) August 31, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, pemanah berusia 27 tahun itu berjaya menempah slot secara merit untuk layak ke Paris.
"Saya mula memanah di Padang Veterinar pada 2018, ketika itu saya tinggal berseorangan. Walaupun takut tetapi saya perlu kuatkan diri untuk capai sasaran ke Institut Sukan Negara (ISN).
"Jika keluarga tahu pasti mereka tidak benarkan tetapi saya perlu kekal agar dapat berlatih dan menjimatkan masa saya. Saya tidak maklumkan kepada keluarga kerana mereka akan risau.
"Berjayanya padang itu adalah kerana sudah melahirkan ramai atlet berbakat." katanya kepada Nadi Arena.
Perjalanan Jannaton di Paris dalam acara compound individu wanita terhenti selepas tewas kepada wakil dari India 124-138, minggu lalu.