Kami tiada masa layan kerenah pemain -- Ham ratapi permulaan buruk Lakers
Ammar Hakim
October 24, 2022 11:51 MYT
October 24, 2022 11:51 MYT
Ketua jurulatih Los Angeles Lakers, Darvin Ham berkata, dia tidak boleh membuang masa menguruskan perasaan pemain selepas menurunkan Russell Westbrook pada lewat ketika mereka mengalami kekalahan ketiga berturut-turut sejak bermula musim baru NBA.
Lakers melepaskan kelebihan tujuh mata ketika permainan dengan berbaki 1 minit 56 saat, tewas 106-104 kepada Portland Trail Blazers di Arena Crypto.com, susulan kekalahan kepada Los Angeles Clippers dan Golden State Warriors.
LeBron James melakukan percubaan dua mata di penghujung permainan dan mereka terlepas empat daripada lima percubaan terakhir dalam dua minit terakhir permainan.
Bagaimanapun, percubaan Westbrook ketika permainan melewati 30 saat terakhir, balingan kurang kemas membenarkan Portland untuk bangkit dan memastikan kemenangan.
"Kami tidak mempunyai masa untuk memahami atau cuba menguruskan perasaan mereka. Kami perlu cuba mengubah perkara ini," kata Ham.
"Saya tidak mempunyai masa untuk itu kerana buat masa ini, pasukan amat penting sekali dan harus dijadikan sebagai keutamaan."
Westbrook menamatkan permainan dengan 10 mata, enam rebound dan enam assist dalam tempoh 28 minit terakhir.
"Saya berharap kami melakukan serangan yang lebih baik," katanya lagi. "Beberapa percubaan yang dilakukan menghukum pasukan.
"Westbrook berkualiti untuk bermain di tahap terbaik, saya berharap dia melakukannya. Buat masa ini, kami harus memperbaiki daripada segi pemilihan untuk melakukan percubaan."
Heartbreaker pic.twitter.com/ChPsR9CD4G
— Los Angeles Lakers (@Lakers) October 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
James perlu berkata, "Saya rasa ini adalah temu bual untuk cuba menetapkan saya untuk mengatakan sesuatu.
"Saya boleh beritahu yang kamu semua mahu mengetahui mengenai Russell Westbrook sekarang. Saya tidak suka kalah. Saya benci kalah dalam apa-apa pun.
"Saya tidak kisah apa yang berlaku sepanjang musim saya atau sepanjang karier saya, saya tidak suka kalah. Dan terutamanya cara kami mengharungi permainan ini. Tetapi penghargaan harus diberikan kepada Portland.
"Kamu semua boleh menulis tentang Russ dan semua perkara yang kamu ingin cuba bincangkan tentang Russ, tetapi saya di sini bukan untuk berbuat demikian. Saya tidak akan melakukannya."