SOUTHAMPTON 4 LIVERPOOL 4

Jurgen Klopp menegaskan Liverpool akan kembali menjadi pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim depan selepas menamatkan kempen hambar dengan keputusan mendebarkan 4-4 di Southampton -- yang sudah pun tersingkir -- sebentar tadi


The Reds yang berada di tangga kelima tiba di St Mary dengan mengetahui mereka telah terlepas tempat kedudukan empat teratas buat kali pertama sejak 2015-16.

Gol awal daripada Diogo Jota dan Roberto Firmino meletakkan pelawat dalam prestasi terbaik untuk kejayaan mudah di pantai selatan.

Tetapi mereka terpaksa mengerah segala kudrat apabila ketinggalan 2-4 dan pastinya ingin mengelak rekod tanpa kalah 10 perlawanan terakhir daripada dileburkan susulan dua jaringan daripada Kamaldeen Sulemana selain James Ward-Prowse dan Adam Armstrong.

Lantas, pengurus Liverpool, Klopp -- yang memastikan pasukannya mengelak kekalahan hasil jaringan pemain gantian, Cody Gakpo, dan gol kedua Jota -- lega dapat menutup musim 2022-23 serta yakin musim depan akan menjadi lebih diingati.

"Terdapat saat-saatnya apabila anda fikir seperti 'musim ini akan berlangsung selama empat tahun'," katanya.





“Syukur untuk 11 perlawanan terakhir sangat membantu. Ia memberi kami rangsangan sebenar, memberi kami perspektif, memberi kami asas untuk apa yang perlu kami lakukan.

“Ia tidak akan mengubah musim ini menjadi yang terbaik, kami menyedarinya.

"Kami sangat kecewa dengan hakikat bahawa kami gagal menempatkan diri dalam kelompok empat teratas.

“Tetapi ada saatnya apabila kami perlu mengakui terdapat empat pasukan yang lebih baik daripada kami -- itulah kebenarannya.

“Kami menempuhi musim yang buruk, kami berada di tempat kelima, itu juga satu mesej.

“Bayangkan kami dalam keadaan yang normal, yang pastinya kami akan kembali pada musim depan dan akan kembali menjadi pencabar.

"Begitulah keadaannya. 11 perlawanan terakhir membantu kami merealisasikannya semula.”