Junior GP: Hakim Danish ke-11 terpantas dalam sesi latihan bebas

King Hisyam
June 22, 2024 19:12 MYT
Pelumba negara Hakim Danish daripada pasukan SIC Racing-MSI mencatatkan masa ke-11 terpantas pada sesi latihan bebas siri perlumbaan Dunia JuniorGP pusingan keempat yang berlangsung di Litar Antrabangsa Autodromo Algarve, Portugal.
Pelumba yang menggunakan jentera KTM itu mencatatkan masa sepusingan terpantas satu minit 49.042 saat daripada keseluruhan 17 pusingan yang dilakukan.
Manakala seorang lagi pelumba negara Danial Shahril daripada pasukan Asia Talent Team pula mencatatkan masa ke-23 terpantas selepas merekodkan masa satu minit 50.049 saat daripada 15 pusingan keseluruhan.
Dalam aksi sesi latihan bebas yang berlangsung pagi tadi, pelumba Liquimoly Husqvarna, Rico Salmela menakluki sepenuhnya sesi tersebut selepas mencatatkan masa terpantas dengan melakukan satu minit 47.765 saat untuk menduduki tempat pertama manakala Alvaro Carpe daripada pasukan STV Laglisse Racing di tempat kedua dengan catatan satu minit 47.987 saat daripada 13 pusingan yang diharunginya.
Kesemua pelumba akan kembali semula dalam sesi kelayakan hari ini untuk memburu petak perlumbaan sebenar yang akan berlangsung esok.
#motoGP #Hakim Danish #rempit
;